
Tertuduh, Desmond Tan Chee Yong, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun mahkamah menetapkan 27 Ogos ini untuk laporan sosial, fakta dan hukuman.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dalam milikannya pornografi kanak-kanak di sebuah gereja di Pusat Komersial Sialin, 9 malam pada 29 Jun lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukumannya penjara hingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain diarahkan melapor diri di IPD Muar setiap bulan sehingga kes selesai.
Manakala di Mahkamah Majistret pula, tertuduh turut mengaku bersalah atas tuduhan memiliki gambar lucah atau tidak sopan pada tarikh dan waktu sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 sebelum kes disebut semula pada tarikh sama dengan kes di Mahkamah Sesyen.