Polis siasat akaun TikTok palsu atas nama Raja Muda Selangor

Polis siasat akaun TikTok palsu atas nama Raja Muda Selangor

Tindakan diambil selepas Pejabat Istana Selangor mengesahkan akaun itu bukan milik Tengku Amir Shah.

hussein omar khan
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
PETALING JAYA:
Polis menyiasat akaun TikTok palsu yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima laporan dibuat Pejabat Istana Selangor, semalam.

“Satu laporan polis telah dibuat Pejabat Istana Selangor kerana mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan palsu,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana sebaran berita palsu secara bertulis atau lisan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Md Anuar Md Amilah@Harun di talian 0192255597 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.