2 parah, 1 cedera ambulans terbabas masuk parit

2 parah, 1 cedera ambulans terbabas masuk parit

Ambulans berkenaan dikatakan dalam perjalanan balik ke Parit Buntar, Perak sebelum berlakunya kemalangan itu pada 3.30 pagi tadi.

Beberapa anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa selepas sebuah ambulans yang terbabas dalam parit di Jalan Tol Kamunting, Taiping, pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga petugas Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas ambulans yang dinaiki terbabas dalam parit dalam kejadian di Jalan Tol Kamunting menghala Taman Berkat, Taiping awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.30 pagi.

Katanya, ambulans berkenaan dikatakan dalam perjalanan balik ke Parit Buntar sebelum berlakunya kemalangan itu.

“Terdapat empat mangsa di dalamnya iaitu kakitangan KKM dan seorang pesakit lelaki berusia 68 tahun.

“Kejadian berkenaan menyebabkan dua mangsa parah (termasuk pesakit) manakala pemandu serta kakitangan KKM cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Selain bomba, beliau berkata, orang awam turut membantu menyelamatkan mangsa dan semua mereka dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Operasi menyelamatkan mangsa ditamatkan pada 4.20 pagi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.