
Paulo Josue, 35, juga mendakwa beberapa rakan sepasukannya tidak dibayar gaji sejak Mac, lapor Stadium Astro.
Josue berkata, beliau pernah berbincang dengan pihak pengurusan pasukan tetapi ditabur ‘janji palsu’.
“Itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya!”
Beliau bagaimanapun masih bersama KL City kerana ‘sayangkan pasukan’ itu, jelasnya.
Dilaporkan bahawa CEO kelab itu, Stanley Bernard, akan memberikan penjelasan berhubung perkara itu esok.
Pada Oktober tahun lepas, pemain bola sepak dari Brazil itu membuat dakwaan serupa bahawa beberapa rakan sepasukannya hilang motivasi untuk bermain apabila berbulan-bulan tidak dibayar gaji.
Masalah dihadapi Josue bukan unik dalam kancah bola sepak Malaysia.
April lepas, dilaporkan lebih 20 pemain kelab bola sepak Divisyen 3, Perlis United, tidak dibayar gaji selama dua bulan, menyebabkan ada antara mereka terpaksa mencari rezeki dengan kerja sampingan, seperti menghantar barangan dan menoreh getah.