JDT, PSG jalin kerjasama kongsi kepakaran

JDT, PSG jalin kerjasama kongsi kepakaran

Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail turut menerima undangan melawat pusat latihan baharu PSG di Paris.

Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan delegasi kelab bola sepak Perancis, PSG FC, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain FC (PSG) akan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai aspek pembangunan bola sepak.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, pemilik JDT itu mengadakan pertemuan dengan delegasi PSG diketuai Daniel Markham, ketua kakitangan Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi.

Menerusi pertemuan itu, beberapa persetujuan dicapai antaranya kerjasama dengan kelab bola sepak dimiliki Qatar Sports Investments meliputi pembangunan bola sepak pada peringkat akar umbi, prasarana, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi.

“Tunku Mahkota Ismail turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi untuk ke Paris bagi melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes,” menurut hantaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.