
Mangsa berusia 25 tahun membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Sea Park, kira-kira 6 petang semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, sebaik tiba mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
“Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.