
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki terlibat penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
Menurutnya, penyebaran tohmahan membabitkan ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.
“SPRM menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.
“Oleh itu, orang ramai diminta tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat tidak sahih atau palsu,” kata SPRM dalam kenyataan.