
Romen Bose, seorang bekas koresponden asing dan perunding, berkata Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Loke Siew Fook tidak patut memberi reaksi pada tajuk berita.
“Memandangkan ini laporan yang diberikan oleh perkhidmatan keselamatan kepada perdana menteri ketika itu, saya fikir soalan yang lebih penting ditanya ialah mengapa Dr Mahathir Mohamad didakwa mengarahkan jentera kerajaan mengintip ahli pakatannya sendiri?” Bose beritahu FMT.

Memetik sumber, Bose dalam bukunya “Shattered Hopes”, mendakwa Cawangan Khas memantau beberapa pemimpin DAP, termasuk Lim, yang menurut laporan itu, berminat ‘membina semula populasi Cina’.
Bose mendakwa ketua polis negara ketika itu, Hamid Bador, yang kerap memaklumkan kepada Mahathir perkembangan terkini pemimpin PH, didakwa berkata Lim agak berjaya.
Lim hari ini menepis dakwaan Bose sebagai karut, namun akui belum membaca buku itu. Loke pada 24 Jun lalu turut menepis dakwaan Bose sebagai karut.
Bose, yang pernah menjadi perunding bagi bekas perdana menteri Najib Razak, berkata tidak salah memujuk rakyat Malaysia berketurunan Cina untuk kembali ke tanahair dan membangunkan negara.
“Negara telah kehilangan begitu banyak bakat dan kepakaran akibat ‘brain drain’ semasa pentadbiran terdahulu.”