Azizi tak tanding PRK Nenggiri

Azizi tak tanding PRK Nenggiri

Azizi Abu Naim tidak akan tanding sebagai calon bebas.

MOHD AZIZI ABU NAIM
Azizi Abu Naim akan beri laluan kepada rakan-rakan dalam gabungan PH-BN untuk bertanding di DUN Nenggiri. (Gambar Bernama)
GUA MUSANG:
Bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.

Azizi berkata beliau akan beri laluan kepada rakan-rakan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi itu.

“Ini bukan soal kerusi yang dipertandingkan tetapi kita menghormati semangat setiakawan dalam kalangan komponen parti,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Azizi berkata beliau menghantar surat kepada Bersatu semalam menggesa parti berkenaan memberi butiran jelas mengenai pemecatan keahliannya.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Azizi pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.