
Ketua Polis Kuala Muda, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata Pusat Kawalan IPD Kuala Muda menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.45 petang semalam.
Beliau berkata, dua pekerja wanita yang berada dalam premis tersebut didatangi tiga suspek bertopeng dan bersarung tangan dengan seorang lagi menunggu dalam sebuah kereta Perodua MyVi berwarna putih.
“Semua suspek melarikan diri dengan sejumlah barang kemas namun anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04 4299222 atau Pegawai Penyiasat Bukhari Idris 017 4794933.