Sehari selepas perutusan murka, Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Sehari selepas perutusan murka, Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Hamidin Mohd Amin berkata, beliau telah menghantar warkah surat menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan teguran keras baginda semalam.

Presiden FAM Hamidin Mohd Amin berkata, beliau akan menjelaskan kepada Sultan Selangor berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung ‘teguran’ baginda semalam.

Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.

“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia),” katanya selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC).

“Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor semalam dan hari ini disusuli dengan warkah surat menghadap (Sultan).”

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan MFL serta ahli FAM, khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat murka dengan keputusan itu yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.