Pengasas bersama G25, Noor Farida meninggal dunia

Pengasas bersama G25, Noor Farida meninggal dunia

Beliau pernah menjadi majistret, hakim Mahkamah Sesyen, duta, dan ketua pengarah di bahagian penyelidikan di Wisma Putra.

Pengasas bersama G25, Noor Farida Ariffin bersara daripada perkhidmatan awam pada 2012. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Noor Farida Ariffin, antara pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, meninggal dunia pada usia 76.

Farida, bertugas dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun pernah berkhidmat sebagai majistret dan hakim Mahkamah Sesyen, sebelum dipinjamkan ke Kementerian Luar.

Beliau merupakan duta besar Malaysia ke Belanda bermula 2000 hingga 2007, kemudian dinaikkan pangkat menjadi ketua pengarah jabatan penyelidikan, perjanjian dan undang-undang antarabangsa Wisma Putra.

Pada 2011, Farida dilantik ahli kumpulan penasihat Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, dalam dua konvensyen.

Farida bersara daripada perkhidmatan pada 2012.

Susulan persaraannya, beliau dilantik mengetuai jawatankuasa pembaharuan undang-undang di Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pemegang amanah kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita dan aktif memperjuangkan hak wanita di negara ini, sebelum dilantik menjadi pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia, pada 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.