
Zuki dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ramlan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
“Pelantikan itu selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Ramlan berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun dan pernah memegang beberapa jawatan di beberapa kementerian serta pentadbiran peringkat kerajaan negeri.
Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam di Institut Tadbir Awam Negara.
Ramlan sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua setiausaha di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada Mei lalu selepas mengetuai SPR selama empat tahun.