
Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar 11.55 pagi tadi membabitkan pergaduhan anak dengan ibu sehingga menyebabkan kematian.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia 63 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas lantai di halaman rumah.
“Suspek dalam kejadian ini adalah anak pertama kepada si mati iaitu lelaki berusia 33 tahun dan merupakan seorang pemegang kad OKU mental.
“Suspek ditangkap di kediaman berkenaan dan kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sehingga mati,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Katanya, proses bedah siasat akan dilakukan esok di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Hoo berkata, permohonan reman akan dilakukan ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok di Mahkamah Majistret Bahau.