
Timbalan Ketua Polis Kangar, Baeyah Abdul Wahab, berkata pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, mendapati mangsa, Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala dalam kejadian itu.
“Selain itu, mangsa turut patah tulang pinggang kiri dan kanan manakala kandungannya yang berusia lima bulan disahkan meninggal dunia oleh doktor.
“Mangsa masih dirawat di Wad Kecemasan HTF bersama suaminya yang patah tulang paha kanan,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian Nuraleya menunggang motosikal berkenaan manakala suaminya, Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18, pula membonceng.
“Kejadian pada 3 pagi berlaku ketika suami isteri itu baru pulang dari sebuah kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat menuju ke kediaman mereka di Kampung Sungai Bugis.
“Setibanya di lokasi kejadian 15 minit kemudian, sebatang pokok tumbang menghempap motosikal dinaiki mereka,” katanya.