
Kejadian semalam berlaku selepas mangsa dipercayai keluar memancing bersama tiga rakan, lalu mandi dalam takungan air itu .
Ketua Polis Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada 4.55 petang.
“Mangsa ditemui oleh pengawal keselamatan UUM dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang bertugas di Klinik UUM.
“Berdasarkan siasatan, mangsa bersama tiga rakannya memancing di tempat kejadian dan selepas itu, mereka dipercayai mandi di dalam takungan air itu sebelum mangsa ditemui lemas,” katanya menurut Astro Awani.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Hashim Nazri, 36, berkata anak sulungnya akan dikebumikan di Pida 4 Lama, Jalan Sanglang, Kodiang, selepas urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.