210 kanak-kanak maut sejak AS-Israel serang Iran

210 kanak-kanak maut sejak AS-Israel serang Iran

Seramai 1,510 kanak-kanak turut cedera di Iran sejak serangan AS-Israel bermula 28 Feb lalu.

Hospital Gandhi di Tehran antara kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan yang mengalami kerosakan akibat serangan AS-Israel sejak 28 Feb lalu. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut, manakala 1,510 lagi cedera di Iran sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel bermula, kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Mohammad-Reza Zafarghandi berkata, kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Feb lalu.

Beliau dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA berkata, kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat lagi digunakan.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lalu yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk pemimpin tertinggi ketika itu, Ali Khamenei.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.