PRM tanding PRK Sg Bakap

PRM tanding PRK Sg Bakap

Parti Rakyat Malaysia pernah bertanding di DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang pada PRU 2018.

Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza (dua dari kiri) berkata parti itu sedang memuktamadkan calon untuk PRK Sungai Bakap.
PETALING JAYA:
PRK Sungai Bakap dijangka menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru, dengan penyertaan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada pilihan raya 6 Julai depan.

Presiden Ahmad Jufliz Faiza memberitahu FMT penyertaan PRM diputuskan oleh mesyuarat biro politik minggu lalu.

“Sekarang kita sedang memuktamadkan calon terbaik untuk ditawarkan kepada pengundi Sungai Bakap,” katanya.

Jufliz berkata, PRM sering bertanding dalam pilihan raya di Pulau Pinang, termasuk di Sungai Bakap pada 2018.

Katanya, kekalahan pada PRK Kuala Kubu Baharu tidak melumpuhkan semangat parti.

“Kongres PRM dua tahun lepas kita sudah tetapkan PRM akan bertanding 150 kerusi Parlimen ini menunjukkan jiwa besar dan komitmen kita dalam menyertai pilihan raya,” katanya.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sudah menamakan jaguh masing-masing untuk penamaan calon pada 22 Jun ini.

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminudin Baki cawangan utara, Joohari Ariffin, untuk merampas kerusi itu daripada PN yang meletakkan Abidin Ismail, pembantu kepada bekas Adun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.