
Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh, berkata penahanan suspek berusia lingkungan 29 hingga 51 tahun itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am ketika mereka berkumpul dalam keadaan mencurigakan.
Suspek, yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita, gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri ketika diperiksa.
“Semua pendatang tanpa izin itu mengaku ingin keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dan mereka dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan.
Sufian berkata suspek ditahan reman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan jika disabit bersalah, boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.