
Gabungan itu menamakan Zainal Abidin Ismail, 56, dar PAS sebagai calonnya pada majlis pengumuman di Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal
Beliau merupakan pembantu kepada Nor Zamri Latiff, 56, yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK pada 6 Julai, dengan hari penamaan pada 22 Jun.
PN merampas Sungai Bakap daripada Pakatan Harapan dengan majoriti 1,563 undi pada PRN Ogos lalu.
Zainal akan menghadapi calon PH, Joohari Ariffin dari PKR, yang merupakan bekas pengarah Institut Aminudin Baki cawangan utara.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika mengumumkan calon PN yakin Zainal selaku anak tempatan dan naib ketua PAS Nibong Tebal mampu melaksanakan tanggungjawab seorang wakil rakyat.
“Saya yakin tuan-tuan kenal beliau. Dia bersama Adun kita yang bertugas setiap waktu,” katanya kepada hadirin.
Sementara itu, Zainal dalam ucapannya berikrar meneruskan legasi Zamri untuk berkhidmat kepada rakyat di Sungai Bakap.
“Dengan pengalaman saya terima selama lapan hingga sembilan bulan, doakan saya agar mampu mengekalkan kemenangan,” katanya.