Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000

Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000

Fairuzul Fazillah Musa didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari 2015 hingga Januari 2016.

Mahkamah Labuan
Hakim Mahkamah Sesyen Labuan Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang bekas penjawat awam minta dibicarakan di Mahkamah Khas Rasuah di Labuan hari ini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RMRM335,933 sembilan tahun lepas.

Fairuzul Fazillah Musa, 38, dari Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di Labuan antara Januari 2015 hingga Januari 2016, lapor Bernama.

Fairuzul didakwa secara curang mengemukakan beberapa siri borang tuntutan sebagai dokumen tulen dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu palsu.

Dia didakwa bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Joe Randy memohon jaminan sebanyak RM80,000, namun hakim membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula dijadualkan pada 27 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.