Adik Zayn Rayyan dijaga JKM 2 bulan

Adik Zayn Rayyan dijaga JKM 2 bulan

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, perintah itu dikeluarkan majistret sementara menunggu laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, perintah jagaan sementara dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
PETALING JAYA:
Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan, selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat perintah jagaan sementara dari Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 sementara menunggu laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

“JKM akan menentukan dalam siasatan nanti sama ada Orang Yang Layak dan Sesuai untuk menjaga selepas selesai siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Difahamkan, JKM Selangor ke rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari sebelum membawa kanak-kanak itu ke hospital untuk pemeriksaan susulan pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf memohon dibicarakan atas tuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam. Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis 2023, sebelum ditemui meninggal dunia keesokannya dekat anak sungai kira-kira 200m dari blok rumahnya.

Hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan di leher dan badan mangsa akibat mempertahankan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.