Polis masih siasat serangan bom petrol terhadap KK Mart

Polis masih siasat serangan bom petrol terhadap KK Mart

Polis Sarawak dan Perak masih aktif menyiasat dengan usaha mengesan suspek tetap berjalan.

Antara lewat Mac dan awal April lalu, tiga cawangan KK Mart di Bidor (Perak), Kuantan (Pahang), dan Kuching (Sarawak) diserang bom petrol. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis masih menyiasat serangan bom petrol terhadap kedai serbaneka, KK Mart, yang berlaku dua bulan lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata dalam mesej ringkas kepada FMT, berkata: “Siasatan dan pengesanan suspek masih berjalan.”

Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri, berkata kes berlaku juga masih dalam siasatan, namun tiada ‘saksi tambahan atau suspek”.

FMT sedang mendapatkan ulasan Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Antara lewat Mac dan awal April lalu, tiga cawangan KK Mart di Bidor (Perak), Kuantan (Pahang), dan Kuching (Sarawak) diserang bom petrol.

Serangan terhadap KK Mart bermula susulan kontroversi beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah ditemukan untuk dijual di cawangan di Bandar Sunway. Seterusnya ia mencetuskan gesaan boikot terutama daripada Pemuda Umno terhadap semua rangkaian kedai serbaneka berkenaan.

Pada 26 Mac, pengasas dan pengarah KK Mart didakwa kerana perbuatan melukakan perasaan agama seseorang, manakala tiga pegawai dari syarikat vendor, Xin Jian Chang Sdn Bhd dituduh bersubahat. Semua mereka minta dibicarakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.