Suami mengaku salah pukul isteri guna batang mop, kayu besbol

Suami mengaku salah pukul isteri guna batang mop, kayu besbol

Tertuduh berusia 45 tahun turut mengaku membaling kerusi plastik ke atas isterinya.

Gavel
Inderjit Singh mengaku salah memukul isterinya dalam kejadian pada bulan lalu. (Gambar Pexels)
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol, dan membaling kerusi plastik berwarna putih ke atas wanita itu, bulan lalu.

Inderjit Singh, 45, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Sukhvinder Kaur di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul, pada 3 petang, 5 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 18 Julai untuk jatuh hukum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.