Minuman keras lebih RM3 juta dirampas, 13 lelaki ditahan

Minuman keras lebih RM3 juta dirampas, 13 lelaki ditahan

Tiga belas lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Minuman keras yang dirampas dalam operasi bersepadu di sebuah stor di Jalan Joon Onn, Kota Samarahan pada Jumaat lalu. (Gambar MCBA)
PETALING JAYA:
Tiga belas lelaki dan minuman keras tidak bercukai berjumlah RM3,125,000 dirampas dalam operasi bersepadu di Sarawak Jumaat lalu.

Sebuah stor di Jalan Joon Onn, Kota Samarahan diserbu anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am Sarawak serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) pada 4.45 pagi 7 Jun lalu.

MCBA berkata, sebanyak 2,050 karton minuman keras, sebuah lori muatan 10 tan dan enam lori jenis berbon yang membawa muatan minuman keras itu ditemui.

Menurutnya, pihak berkaitan gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan barangan kawalan itu.

Katanya, 13 lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, iaitu melindungi, menyimpan atau mempunyai barang larangan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.