Lelaki pukul cermin kereta guna topi keledar ditahan polis

Lelaki pukul cermin kereta guna topi keledar ditahan polis

Hasil semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang akibat perselisihan faham.

Tangkap layar video tular penunggang motosikal memukul cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam kejadian di George Town, kelmarin.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang penunggang motosikal yang bertindak memukul cermin sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Jalan Sungai Pinang, George Town kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata pihaknya mengesan klip video yang tular berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira 2.50 petang akibat perselisihan faham antara pengadu dengan seorang pengguna jalan raya yang lain.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan telah bertindak mengekori kereta pengadu dan memukul cerminnya menggunakan topi keledar.

“Pengadu telah membuat laporan polis berkaitan kejadian pada hari yang sama,” katanya.

Menurutnya, suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Jun bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.