Lelaki maut, 3 cedera kereta langgar ‘backhoe’

Lelaki maut, 3 cedera kereta langgar ‘backhoe’

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.

Sebuah Proton Saga terbabas dan melanggar backhoe di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Bukit Dumbar, awal pagi ini.
GEORGE TOWN:
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar jentera pengorek kaut (backhoe) dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Bukit Dumbar, awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.16 pagi dan terus ke lokasi kejadian sebelum mendapati kemalangan jalan raya melibatkan kereta Proton Saga yang telah terbabas dan melanggar sebuah jentera backhoe, terdapat empat orang dalam kereta itu.

“Dua lelaki mengalami kecederaan ringan, seorang wanita pula yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital manakala seorang lagi lelaki tersepit di ruang penumpang belakang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas dalam masa 15 minit sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.