Ancaman bom di Motac: Polis rakam keterangan menteri, saksi

Ancaman bom di Motac: Polis rakam keterangan menteri, saksi

Kejadian di bangunan kementerian di Putrajaya itu masih dalam siasatan, menurut polis Putrajaya.

Polis telah merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing berhubung kejadian ancaman bom di bangunan Motac di Putrajaya Rabu lepas.
PETALING JAYA:
Polis telah merakam keterangan beberapa individu, termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, bagi membantu siasatan berhubung kejadian ancaman bom di bangunan kementerian itu baru-baru ini.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian di bangunan kementerian di Putrajaya itu masih dalam siasatan.

“Kes masih dalam siasatan. Setakat ini, keterangan menteri serta beberapa saksi telah diambil.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya, lapor Bernama,

Sebelum ini, polis mengesahkan bungkusan yang didakwa mengandungi bom dan dialamatkan kepada Tiong pada Rabu lepas adalah palsu.

Asmadi berkata, bungkusan yang diterima pada 11.19 pagi itu dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran dan mengandungi paip PVC serta pemasa yang menyerupai bom.

Pada Rabu lepas, kakitangan dan pelawat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) diarah mengosongkan bangunan selepas sebuah bungkusan yang dihantar disyaki mengandungi bom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.