Aidiladha disambut 17 Jun

Aidiladha disambut 17 Jun

1 Zulhijjah 1445 Hijrah jatuh pada esok, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

korban
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah jatuh pada esok.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah adalah pada 8 Jun 2024 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah pada Isnin, 17 Jun 2024 Masihi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.