Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dikosong akibat ancaman bom

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dikosong akibat ancaman bom

Astro Awani melaporkan satu bungkusan mencurigakan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Kakitangan dan pelawat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya diarah keluar dari bangunan selepas terdapat ancaman bom.
PETALING JAYA:
Kakitangan dan pelawat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya diarah mengosongkan bangunan tersebut selepas terdapat ancaman bom.

Jurucakap Jabatan Bomba Putrajaya memberitahu FMT, anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengarahkan semua orang mengosongkan bangunan itu.

Katanya, polis bersama dengan unit pemusnah bom juga berada di lokasi kejadian.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan kejadian berlaku pada jam 3.40 petang tadi selepas terdapat kakitangan kementerian menemui satu bungkusan yang mencurigakan.

Penolong Kanan Naib Presiden, Kandungan Berjenama, Astro Awani, Zaiful Mohd Ariffin yang kebetulan berada di lokasi kejadian bagi menghadiri satu mesyuarat berkata, bungkusan itu dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.

“Kakitangan kementerian melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.

“Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.