Buang kucing dalam sungai, seorang ditahan

Buang kucing dalam sungai, seorang ditahan

Seorang lelaki berusia 40an ditahan polis hasil maklumat awam dan risikan.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing.
GEORGE TOWN:
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid, berkata lelaki berusia 40an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.

“Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.