Pokok tumbang di Banda Hilir, penunggang motosikal cedera

Pokok tumbang di Banda Hilir, penunggang motosikal cedera

Mangsa berusia 40 tahun cedera terlanggar kabel wayar yang jatuh akibat pokok tumbang, menurut bomba.

pokok tumbey
Bomba melakukan kerja memotong pokok susulan kejadian pokok tumbang di Banda Hilir, Melaka, hari ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang penunggang motosikal cedera di lengan selepas terkena kabel wayar yang jatuh akibat pokok tumbang di Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Hazalani Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.40 petang.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu kemudian digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Bukit Senjuang, tambahnya.

“Setibanya di tempat kejadian, (didapati) terdapat sebatang pokok sena tumbang merintangi jalan raya dan satu tiang elektrik menghempap (sebuah) Proton Saga.

“Mangsa berusia 40 tahun cedera terlanggar kabel wayar yang jatuh dan diberikan bantuan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Seorang lagi mangsa dalam kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, tambahnya.

Beliau berkata, kerja-kerja memotong pokok masih dilakukan oleh pasukan bomba.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.