50,000 e-baucar buku ditebus pelajar IPT, Fasa 1 permohonan ditutup

50,000 e-baucar buku ditebus pelajar IPT, Fasa 1 permohonan ditutup

Inisiatif baucar buku diumumkan PM Khamis lepas akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar IPT bawah kelolaan KPT.

Ketika merasmikan PBAKL 2024 Khamis lepas, PM Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada murid Tahun 4 sehingga pelajar IPT.
PUTRAJAYA:
Permohonan e-baucar buku fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT berkata, penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat di platform BookCapital, kelolaan Perbadanan Kota Buku, yang juga penganjur bersama PBAKL 2024.

“Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak,” menurut KPT di Facebook.

Inisiatif baucar buku itu akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bawah kelolaan KPT.

Ketika merasmikan PBAKL 2024 Khamis lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada murid Tahun 4 sehingga pelajar IPT.

Pemberian baucar itu merupakan satu langkah membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus membugar budaya membaca.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.