Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya kembali pulih

Perkhidmatan MRT laluan Putrajaya kembali pulih

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan kerja-kerja rektifikasi terperinci akan dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat waktu operasi malam ini.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd, pihaknya sedang bekerjasama dengan MRT Corp untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar gangguan.
PETALING JAYA:
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan MRT laluan Putrajaya telah kembali pulih selepas mengalami gangguan akibat sistem komunikasi.

Dalam satu kenyataan, ia berkata perkhidmatan itu kembali pulih pada 9.48 malam dan kerja-kerja rektifikasi terperinci akan dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat waktu operasi.

“Kita sebagai operator memandang serius terhadap gangguan ini yang telah menjejaskan pengguna-pengguna perkhidmatan laluan MRT terbaharu dalam rangkaian relnya.

“Kita sedang bekerjasama dengan MRT Corp selaku pemilik aset, serta pihak kontraktor dan pembekal sistem berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar gangguan tersebut,” katanya.

Rapid Rail berkata perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen Chan Sow Lin sehingga ke Stesen Putrajaya Sentral masih disediakan sebagai pilihan alternatif penumpang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.