Beri subsidi kepada bas, van persiaran juga, kata Pemuda MCA

Beri subsidi kepada bas, van persiaran juga, kata Pemuda MCA

Timbalan Ketua Pemuda MCA Chong Yew Chuan berkata pengecualian subsidi diesel akan menyebabkan kos perjalanan meningkat.

bas pelancong
Keputusan kerajaan menamatkan subsidi diesel untuk bas dan van persiaran akan menyebabkan kos perjalanan domestik meningkat, kata Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chong Yew Chuan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemuda MCA menggesa kerajaan untuk menyemak semula keputusan untuk tidak memasukkan operator bas dan van persiaran daripada program bantuan subsidi diesel kerana ia akan memberi kesan buruk kepada industri pelancongan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Chong Yew Chuan, keputusan itu akan menyebabkan kenaikan kos di sektor pelancongan sekali gus mengurangkan daya saing negara sebagai destinasi pelancongan dunia.

“Ia bukan hanya boleh menjejaskan punca pendapatan operator pelancongan tetapi memberi kesan buruk terhadap keseluruhan pengembangan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan subsidi bersasar untuk Semenanjung Malaysia.

Katanya, 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 kenderaan pengangkutan barang akan terus menerima manfaat daripada subsidi diesel.

Pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memperkenalkan program bantuan subsidi diesel, di mana bantuan RM200 akan disalurkan setiap bulan kepada individu yang layak termasuk pekebun kecil pertanian dan komoditi.

Bantuan itu tidak dipanjangkan kepada individu yang memiliki motosikal diesel, karavan, motorhome, dan bas dan van persiaran.

Chong dengan kejatuhan berterusan nilai ringgit, kini adalah masa terbaik untuk menarik pelancong antarabangsa dan mengembangkan industri itu.

“Kerajaan beberapa kali memberi penekanan untuk mencergaskan semula ekonomi negara menerusi pelancongan.

“Bagaimanapun, langkah kerajaan untuk menghentikan subsidi diesel untuk bas dan van persiaran akan menyebabkan kenaikan kos perjalanan.

“Ini akan melemahkan tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, dan pada akhirnya membantutkan usaha kerajaan untuk menarik kedatangan pelancong. Ini seperti menembak kaki sendiri.”

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan menyasarkan untuk menarik kira-kira 36 juta kedatangan pelancong dan menjana pendapatan RM150 bilion untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.