
Mayat, Nicholas Daniel, 38 ditemukan anak saudaranya pada 1.41 petang, sekitar 8km dari perahunya ketika memasang pukat, Khamis lalu.
Ketua Balai Bomba Tatau Jankey Jikat, berkata pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dari sungai selepas menerima makluman berhubung penemuan mayat itu.
“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat tubuh seorang lelaki yang hanya tinggal separuh badan sahaja, yang mana bahagian punggung dan kaki termasuk kedua-dua belah tangan mangsa dipercayai dibaham buaya,” katanya menurut Berita Harian.
Mayat dibawa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, disusuli dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat.