Guru disiasat denda pelajar berdiri tengah panas

Guru disiasat denda pelajar berdiri tengah panas

Guru berusia 37 tahun itu didakwa arah beberapa pelajar berdiri di padang dalam cuaca terik.

azam ismail
Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata kes telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian lanjut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis merujuk kes guru didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri dalam cuaca panas di kawasan padang kepada pejabat pendakwa, dalam kejadian di sebuah sekolah dekat Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata kes itu melibatkan pelajar berusia 11 tahun yang mengadu kepada ibunya, dalam kejadian pada 30 April lalu.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pelajar itu mendakwa didenda berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.

“Siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar didenda berdiri selama 10 minit,” katanya sambil menambah kertas siasatan berkenaan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian lanjut.

Azam berkata, guru berusia 37 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk penganiayaan, pengabaian, pembuangan, atau penderaan kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.