41 kawasan Kuala Langat alami gangguan bekalan air

41 kawasan Kuala Langat alami gangguan bekalan air

Air Selangor berkata gangguan itu berpunca daripada henti tugas sementara Loji Rawatan Air Labohan Dagang akibat gangguan bekalan elektrik.

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Langat itu bermula 10 malam tadi.
PETALING JAYA:
Sebanyak 41 kawasan di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Labohan Dagang (LRA Labohan Dagang) akibat gangguan bekalan elektrik.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan kecemasan peralatan elektrik di Sub Stesen Utama Olak Lempit oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Berikutan henti tugas sementara LRA Labohan Dagang ini, sebahagian kawasan di Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam tadi.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, sebarang perkembangan berkaitan gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Para pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.