
Saman itu turut menamakan sebuah firma undang-undang UK terkenal yang berpangkalan di London sebagai defendan kedua.
1MDB mendakwa kedua-dua defenden terlibat dalam satu ‘rancangan’ membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak; ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; CEO PetroSaudi International Tarek Obaid; bekas CEO 1MDB, Casey Tang; dan beberapa yang lain hingga menyebabkan kerugian pada syarikat.
1MDB juga mahukan suatu pengisytiharan bahawa Mahoney dan firma guaman berkenaan adalah pemegang amanah konstruktif bagi dana berjumlah USD1.83 bilion, dan mahu mahkamah memerintahkan mereka membayar balik kepada syarikat.
1MDB juga menuntut Mahony membayar balik USD33 juta, kerana didakwa secara sedar menerima wang yang merupakan sebahagian daripada wang yang disedut daripada 1MDB pada 2009.
Saman itu difailkan oleh Lim Chee Wee Partnership bagi pihak 1MDB. Pengurusan kes dijadualkan esok.
Pada bulan lalu, Tarek dan Mahony dilaporkan akan dibicarakan di Switzerland, kerana didakwa terbabit dengan aktiviti penggelapan wang yang didalangi oleh Low.