Bas Thailand harus manfaat dagangan pelancongan tempatan, kata kumpulan

Bas Thailand harus manfaat dagangan pelancongan tempatan, kata kumpulan

Pemimpin industri berkata, pelawat harus menginap di hotel berlesen dan mengupah pemandu pelancong Malaysia.

thai tourist buses
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan bas pelancong Thailand kini dibenarkan masuk ke Malaysia selepas mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kumpulan pengusaha pelancongan Malaysia meminta kerajaan mengenakan syarat wajib menginap di hotel atau penginapan terhadap warga Thailand dibawa masuk bas pelancong negara itu.

Selain itu, mereka juga meminta koc terbabit hanya boleh membawa pelancong asing dari Thailand ditemani pemandu pelancong Malaysia berlesen yang menjadi amalam biasa di peringkat antarabangsa.

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan bas pelancong Thailand kini dibenarkan masuk ke Malaysia atas permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

Bagi Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC), Jimmy Leong, penggunaan pemandu pelancong Malaysia perlu untuk memastikan maklumat betul diberikan kepada pelawat dan bantuan tersedia jika berlaku kecemasan.

Leong yakin MTGC mampu melatih lebih ramai pemandu pelancong yang mahir berbahasa Thai bagi menampung peningkatan pelancong dari Thailand.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Sri Ganesh Michel berkata, Apad perlu mengesahkan tempat penginapan pelawat ketika meluluskan permohonan kemasukan bas pelancong ke Malaysia.

Katanya, penting untuk mereka tinggal di hotel atau penginapan berlesen dan tidak memilih sewa jangka pendek atau penginapan tidak berlesen seperti kondo atau bilik.

Beliau berkata, perlu ada langkah menghalang bas pelancong Thailand menjadikan Malaysia sebagai transit ke Singapura semata-mata.

“Kita perlu memberi insentif kepada perbelanjaan dalam Malaysia untuk meningkatkan ekonomi kita. Kita perlu memastikan manfaat pelancongan kembali ke negara kita.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.