
Sumber berkata, empat lelaki berusia 40 hingga 60-an itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang, selepas memberi keterangan kepada SPRM.
“Mereka perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan,” katanya menurut Berita Harian.
Sebelum ini, dua bekas pegawai kanan AKSB dan dua pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai perunding ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki terbabit pembinaan telaga jejari gagal membekalkan air kepada penduduk.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan dijalankan ke atas 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).
Beliau berkata, ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air dianggarkan lebih RM300 juta yang dibina AKSB, tetapi gagal membekalkan air kepada penduduk.