Serangan balai polis: 7 akan direman esok

Serangan balai polis: 7 akan direman esok

Tujuh individu terbabit adalah lima anggota keluarga suspek dan dua pelajar IPT.

balai polis ulu tiram
Dua anggota polis maut selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor M Kumar.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun, ditahan susulan serbuan yang dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi tadi.

Dua lagi individu yang akan turut direman esok ialah dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

Dalam kejadian 2.45 pagi, dua anggota polis iaitu Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Muhamad Syafiq Ahmad Said maut selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang dan merampas dua senjata api daripada anggota polis.

Seorang lagi anggota keselamatan cedera akibat ditembak dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala lelaki yang merupakan suspek utama mati ditembak di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.