
Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 60-an direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas ditahan di sekitar
Kota Bharu antara jam 7 hingga 10 pagi semalam.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
“Mereka yang ditahan ini bagi membantu siasatan berhubung pembinaan telaga-telaga yang gagal berfungsi bagi membekalkan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) membabitkan projek bernilai lebih RM300 juta.
“Telaga ini sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air yang mencukupi kepada penduduk, namun siasatan awal mendapati telaga-telaga ini tidak dapat menghasilkan kuantiti air secara optimum,” katanya.
Sumber tidak menolak berlaku amalan rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek pembinaan telaga-telaga itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.