Pasaran hartanah Malaysia dalam pemulihan, kata Nga

Pasaran hartanah Malaysia dalam pemulihan, kata Nga

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, sebanyak 399,000 transaksi hartanah bernilai kira-kira RM200 bilion direkodkan pada 2023.

house for sale
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, hartanah tidak terjual atau lambakan hartanah menyusut kurang daripada 24,000 unit berbanding 37,066 sejak sejak pentadbiran kerajaan perpaduan.
PETALING JAYA:
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi stabil, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam ucaptama Persidangan Perumahan Serantau Institut Rehda 2024 di sini, beliau berkata, sebanyak 399,000 transaksi hartanah bernilai kira-kira RM200 bilion direkodkan pada 2023, pertumbuhan sebanyak 2.5% dari segi jumlah dan 9.9% dalam nilai ringgit.

Sejak pentadbiran kerajaan Madani, hartanah tidak terjual atau lambakan hartanah menyusut kurang daripada 24,000 unit berbanding 37,066, peningkatan lebih 40%.

“Kami menjangkakan prestasi mantap pasaran hartanah pada 2024. Ini akan membantu meningkatkan keluaran dalam negara kasar,” katanya sambil memaklumkan saham hartanah meningkat dengan sebahagiannya melebihi 600% dalam tempoh 12 bulan lepas.

Pada majlis itu, Nga menyaksikan pelancaran laporan “Rumah Mampu Milik II – Merapatkan Jurang: Pendekatan Strategik untuk Mengimbangi Bekalan dan Permintaan” oleh Institut Rehda.

Institut Rehda adalah kumpulan pemikir bebas industri memfokuskan penyelidikan dan pendidikan berkaitan perumahan. Ia cabang latihan, pendidikan dan penyelidikan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Nga berkata, Malaysia mempunyai daya penarik dalam kalangan ekspatriat, dengan bilangan permit kerja dikeluarkan imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi meningkat kepada 154,115 tahun lepas berbanding 110,819 pada 2022.

Beliau berkata, pertambahan 40% itu menunjukkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Mengenai “Housing Integrated Management System (HIMS)” atau Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan yang mula beroperasi 31 Jan 2022, katanya, sistem itu bagi memudahkan pelaksanaan urusan, termasuk memohon lesen pemaju, menghasilkan perjanjian jual beli elektronik, mengemas kini projek perumahan dan isu pematuhan.

“Maklumat mengenai projek perumahan berlesen dikemas kini dengan lancar hampir mengikut masa nyata daripada HIMS kepada Teduh(Sistem Bank Data Perumahan) untuk membantu pembeli dan orang ramai membuat tindakan susulan mengenai status projek, daripada ketersediaan unit/harga sehingga status pembinaan.

“Langkah ini membolehkan individu membuat keputusan termaklum, mengecilkan pencarian mereka dan mengurangkan masa mencari hartanah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.