Wanita antara 3 tokan dadah dicekup

Wanita antara 3 tokan dadah dicekup

Polis berkata, suspek wanita memiliki rekod lampau jenayah, manakala dua suspek lelaki mempunyai rekod lampau narkotik.

Polis berkata, tiga suspek direman enam hari hingga 16 Mei ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai tokan dadah ditahan di sebuah rumah di Kluang, Johor pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, 16 peket plastik lutsinar mengandungi syabu bernilai RM21,000 turut ditemui dalam serbuan itu.

Katanya, dua suspek lelaki itu mempunyai rekod lampau narkotik, manakala suspek wanita memiliki rekod lampau jenayah.

“Saringan ujian air kencing mendapati semua suspek positif methamphetamine,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, semua suspek direman enam hari hingga 16 Mei ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.