Panjat balkoni masuk rumah, remaja cedera jatuh tingkat 5

Panjat balkoni masuk rumah, remaja cedera jatuh tingkat 5

Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11, Putrajaya.
PUTRAJAYA:
Seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 cedera selepas jatuh dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11.

“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.

Asmadi berkata, mangsa yang juga anak pegawai polis dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala.

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.