
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Bahru, Mahadir Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari yang memaklumkan kebakaran di lokasi berkenaan.
Katanya, kebakaran dipercayai berlaku di sebuah bilik di tingkat dua bangunan berkenaan.
“Di tingkat dua bangunan itu terdapat enam bilik dipercayai diubah suai menjadi bilik sewa dan dianggarkan setiap bilik sewa itu berukuran 3.5 meter persegi.
“Dalam kejadian itu seorang mangsa lelaki yang tidak pasti usianya rentung di dalam sebuah bilik berhampiran ruang dapur,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Mahadir berkata, kemusnahan kebakaran dianggarkan 60% dan tiga jentera dengan kekuatan 19 anggota terbabit dalam operasi memadamkan api itu.
“Operasi pemadaman tamat pada 5 petang, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan, ” katanya.