PRK KKB: 50.87% keluar mengundi setakat 3 petang

PRK KKB: 50.87% keluar mengundi setakat 3 petang

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pada 2 petang.

voters kkb
PRK Kuala Kubu Baharu melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi PRK Kuala Kubu Baharu mencecah 50.87% setakat 3 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 9 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.