PRK KKB: 32% keluar mengundi setakat 12 tengah hari

PRK KKB: 32% keluar mengundi setakat 12 tengah hari

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di SJKC Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup 2 petang.

SKJC Khing Ming KKB PRK
Seramai 39,269 pemilih layak mengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu.
PETALING JAYA:
Peratusan keluar mengundi PRK Kuala Kubu Baharu mencapai 32.51% setakat 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.