
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
“Kita membuka kertas siasatan bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.
“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, tular di media sosial gambar tembok sebuah masjid di KKB diconteng dan difahamkan pihak masjid berkenaan sudah mengecat semula tembok tersebut.